EN | BM

Notis Privasi - Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 - Kumpulan Syarikat FKR

Notis Privasi  – Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 - Kumpulan Syarikat FKR

Akta Perlindungan Data  Peribadi 2010, telah digubal oleh Kerajaan bagi  mengawal  pemprosesan data peribadi. Kami komited untuk memastikan data peribadi anda dilindungi mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. Dalam melaksanaan APDP2010 dan untuk melindungi penggunaan  Data Peribadi seperti yang dinyatakan,  anda mempunyai hak untuk mengetahui sebab syarikat mengumpul dan mengguna data peribadi yang diberikan.

 

1.    Tujuan Data Peribadi Dikumpul

                        Data Peribadi yang dikemukakan  secara sukarela ini akan diproses bagi tujuan berikut

 

a.     Data Peribadi daripada Pelanggan Syarikat

 

-          Untuk mengurus dan melengkapkan transaksi-transaksi dengan anda

-          Untuk memahami dan menganalisa penjualan syarikat serta keperluan dan keutamaan anda

-          Untuk memaju, meningkat, memasar dan memberi produk dan servis yang memenuhi keperluan anda

-          Untuk menghantar maklumat terkini produk, berita dan promosi

-          Untuk memberi maklumbalas kepada pertanyaan atau  aduan

 

b.    Data Peribadi daripada Pekerja Syarikat

-          Untuk mengurus daftar pekerja seperti yang dikehendaki  oleh undang-undang

-          Untuk membayar gaji atau wang yang perlu dibayar

-          Untuk mematuhi dan menurut keperluan undang-undang eg KWSP, PERKESO, LHDN dan lain-lain organisasi Kerajaan

-          Untuk menghantar surat, notis atau berhubung dengan anda

-          Untuk memaklumkan kepada waris terdekat sekiranya ada kecemasan

 

2.    Apa yang dikumpulkan daripada anda

       Data Peribadi yang kami kumpulkan adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat berikut: 

-          Nama

-          Alamat

-          Kad Pengenalan atau No Pasport

-          Tarikh Lahir

-          No Telefon

-          Jantina

-          Alamat email

-          Photo

-          Status Perkahwinan sekiranya perlu

-          Lain-lain maklumat peribadi sekiranya perlu

3.       Penyimpanan dan Pengekalan  Data Peribadi

Data perbadi anda akan disimpan samada di dalam fail (hard copies)  atau  di dalam komputer syarikat. Sebarang maklumat peribadi yang anda berikan akan dikekalkan oleh syarikat selama mana ianya diperlukan untuk memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan di dalam 1(a) & (b) di atas, atau jika diperlukan untuk memenuhi tututan perundangan, keperluan akaun atau untuk melindungi kepentingan syarikat.

 

4.        Persetujuan dan Pendedahan

Kumpulan syarikat FKR memohon  untuk menggunakan data peribadi anda hanya bagi tujuan yang sah dan dengan persetujuan anda. Kami akan memproses, mengguna atau mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga sekiranya perlu;

Syarikat di dalam Kumpulan syarikat FKR

Agensi pemberi maklumat kredit seperti CTOS Data Systems Bhd atau  lain-lain agensi serupa

Institusi- institusi kewangan bagi tujuan mengekalkan rekod kewangan, menilai dan mengesahkan kedudukan kredit serta menguruskan kemudahan bayaran  kepada syarikat

Pihak berkuasa dan agensi pengkuatkuasa

Mana-mana mahkamah undang-undang atau  mana-mana pihak yang terlibat dengan tuntutan atau kehendak  undang-undang

 

5.       Capaian atau Mengemaskini Data Peribadi Anda

Anda bertanggunjawab untuk memberikan maklumat yang tepat dan lengkap mengenai diri anda  atau orang lain yang anda nyatakan didalam data peribadi. Pada bila-bila masa sekiranya maklumat tersebut menjadi luput atau tidak tepat, anda mesti membuat pembetulan  atau mengemaskini maklumat tersebut  secara bertulis ke alamat seperti dinyatakan di bawah. Anda  boleh membuat permohonan untuk mendapatkan salinan maklumat peribadi secara bertulis ke alamat seperti dinyatakan  di bawah dengan memberikan bukti pengenalan diri, alamat dan maklumat yang mencukupi bagi membolehkan kami mengenalpasti identiti anda. Sekiranya kami menolak permohonan anda, kami akan mengemukakan sebab penolakan.

Jika anda mahu kami  berhenti memproses data peribadi anda bagi tujuan yang khusus  atau dengan cara yang khusus,  sila maklumkan kepada kami secara bertulis ke alamat seperti dinyatakan  di bawah. Jika tiada sebarang makluman daripada anda, maka kami akan beranggapan  anda membenarkan pemprosesan, penggunaan dan pendedahan  maklumat peribadi anda dengan cara dan seperti yang dinytakan  di dalam skop polisi peribadi ini

 

6.       Alamat untuk dihubungi

Pengurus Pentadbiran

Fung Keong Rubber Manufactory (M) Sdn Bhd  (1011-W)

                No 2A Jalan Wawasan 3/KU7

Sungai Kapar Indah, 42200 Klang

Email : ajayklang@gmail.com

 

7.       Polisi di atas juga telah dimuat  ke laman web www.fkr.com.my untuk capaian mudah.